RSS FEED

Gurindam Malam

Malam kini tiada tari,
gamit tidur mahu mimpi,
hanya lunak sirna sepi,
deru pasrah persis hati.

Bila kelam melarik siang,
tatkala bulan riuh bertandang,
tunggu muncul mentari riang,
dari ufuk merindu dendam.

Walau jauh di luar harapan,
degup rasa sedang gurindam,
sayang sayang seribu sayang,
tidakkan mungkin kesampaian.

0 postcards:

Post a Comment

Return top